Unit Kokurikulum SK Simpang berusaha mengimbangi antara kecemerlangan bidang akademik dengan aktiviti bukan akademik, agar dapat melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.
Kegiatan kokurikulum merupakan agen penerapan Kemahiran Insaniah. Justeru itu, aktiviti- aktiviti kokurikulum selain memberi pengetahuan luar bidang pengkhususan akademik, juga dapat melatih para pelajar dalam aspek kepimpinan, pengurusan organisasi dan sikap para pelajar supaya sentiasa aktif dan inovatif terhadap kecergasan fizikal dan mental. Sehingga kini, Unit Kokurikulum SK Simpang merekodkan pencapaian yang cemerlang dengan adanya kerjasama dan komitmen gur-guru yang jitu.
Sehingga kini, beberapa pembaharuan dan penambahbaikan telah dipraktikkan sebagai usaha untuk memantapkan lagi perlaksanaannya supaya ia dapat benar-benar memainkan peranan memupuk, mengasah dan mempertajamkan bakat para pelajar sejajar dengan misi dan visi Unit Kokurikulum.
Melalui penglibatan guru dan pelajar di dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan, diharap para pelajar dapat meningkatkan minat dan bakat yang ada ke tahap yang lebih tinggi. Unit Kokurikulum SK Simpang amat menggalakkan pelajar-pelajarnya sentiasa aktif dan bersifat terbuka, bersemangat sukarelawan dan berpasukan. Unit Kokurikulum SK Simpang juga mengalu-alukan cadangan-cadangan yang membina demi mempertingkatkan perkhidmatan dan prestasi Kokurikulum di masa akan datang.
En. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad, AMN,PPT
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Simpang

No comments:
Post a Comment